Konsep Bekerja Dari Rumah (SOHO)


Bekerja dari rumah atau small office home office (Soho) semakin mendapat perhatian di seluruh dunia berikutan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), terutama internet.

Satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan Australia Barat mendapati konsep Soho semakin berkemabang. Ada 25 juta pekerja Soho di Amerika Syarikat, Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Perniagaan itu berlaku berikutan beberapa kelebihan Soho. Paling ketara ialah cara bekerja Soho membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Kehidupan mereka juga tidak terikat dengan peraturan pejabat.

Kaedah itu turut membolehkan seseorang membuka perniagaan sendiri di rumah di samping mengurangkan belanja membuka perniagaan di kawasan komersial.

Antara ruang lingkup pekerjaan yang biasa diterokai menerusi Soho ialah penulisan, reka bentuk dan bidang media.

Teknologi canggih yang wujud sekarang memudahkan Soho diterokai. Anda hanya perlukan komputer, peralatan pejabat yang minimum dan sambungan internet.

Kemunculan konsep Soho bukan sahaja menjamin penerusahan produktiviti wanita, malah ia memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumahtangga.

Bagi sesetengah individu pula, Soho memberikan pendapatan tambahan kepada isi rumah mereka. Jauh lebih baik, golongan kurang upaya dan warga emas juga boleh mendapatkan manfaat dan memperoleh beberapa kebaikan jika berkecimpung dalam dunia perniagaan Soho.

Soho dapat membantu kerajaan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi di bandar-bandar utama di negara ini kerana bilangan pengguna kenderaan yang memandi ke tempat kerja berkurangan. Soho memberikan kesan positif terhadap mutu udara.

Konsep Soho belum diamalkan secara meluas di Malaysia. Jumlah pekerja yang menjalankan tugas melalui teleworking di negara ini hanya sekitar 0.16 paratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

———————————————-
Sumber: Utusan Malaysia, Selasa 3 Januari 2006

Internet Sumber Rezeki Tambahan


Ia cabang baru perniagaan, tidak perlu kos tinggi. Gamat warung Pak Habib di Kuala Terengganu kerana pelanggannya bercakap mengenai kenaikkan harga petrol dan diesel. Ada positif dan tidak kurang negatif. Tapi, seperti biasa Pak Habib ‘dok ambik ha lasung’ atau tidak ambil pusing. Pak Habib hanya tahu ambil pesanan dan bancuh teh. Baginya, perniagaan perlu diteruskan.

Namun, kebanyakan bersembang di warung Pak Habib pagi itu setuju bahawa lambat laun harga bahan bakar itu akan dinaikkan juga, cuma kali ini datangnya sederap. Tidak ada persediaan kata mereka. Oleh itu, ada antaranya mula berkira-kira menjadikan hobi sebagai satu cabang pendapatan. Ia sebenarnya satu idea yang bernas.

Sebenarnya, beratus cerita boleh kita dapat di majalah atau laman web mengenai kejayaan individu meninggalkan gaji besar, menjual syarikat dan menjadikan hobi sebagai punca rezeki. Mereka tidak tunggu pun harga petrol naik. Mereka bertindak lebih awal atas kesedaran sendiri. Mereka bekerja kuat tetapi di depan komputer di rumah dan kebanyakannya wanita.

“Internet sebenarnya membuka satu pasaran baru kerana kita boleh berniaga tanpa sempadan. Kos tidak tinggi dan boleh bersila di rumah dan menjadi bos. Saya memperagakan fesyen pakaian dan kasut di internet. Hasilnya cukup lumayan dan saya hanya habiskan kira-kira 20 jam seminggu,” kata ibu dua anak.

Eksekutif syarikat, Rosli Zakaria pula berkira-kira untuk berniaga orkid melalui internet kerana peminat tumbuhan itu berada di seluruh dunia dan sanggup membeli baka unik yang hanya ada di Malaysia.

“Pada mulanya hanya sebagai hobi dan saya muat turunkan beberapa gambar orkid ke laman web. Tapi, kemudiannya saya mendapat pertanyaan dari Australia, Amerika dan England. Peminat orkid ingin tahu lebih lanjut mengenai orkid Malaysia. Ada antara mereka mahu membelinya walaupun lebih AS$100 (RM370),” katanya.

Menurutnya, perniagaan melalui internet bermula apabila dia mendapat pasaran ikan laga yang dibelanya. “Pada mulanya hanya hobi. Saya muat turun gambar ikan laga atau nama saintifiknya ‘bettasplenden’ dalam laman web. Selepas itu, saya daftar nama dengan aquabit.com. Saya tidak letakkan harga. Tapi seorang pelayar laman web tanyakan harga. Saya catatkan AS$20 (RM76). Selepas itu, ramai lagi tanya harga. Saya tetapkan tempoh. Apabila tamat tempoh bidaan, saya dapat menjualnya dengan harga AS$100 (RM370) bagi seekor ikan laga. Penghantaraan saya lakukan melalui pos dan penerima membayar melalui akaun saya. Untuk rezeki itu saya tidak perlu belanja banyak. Saya bela ikan, pamerkan dalam internet, pos ikan dan terima wang. Jika boleh elakkan urus niaga menggunakan kad kredit,: katanya.

Kejayaan individu berdagang melalui internet bukan satu dongeng kerana di negara barat, ia menjadi trend bagi rakyatnya mendapatkan pendapatan tambahan. Mengikut Pentadbiran Usahawan Kecil dan Sederhana Amerika Syarikat, lebih daripada separuh usahawan kecil menjadikan perniagaan melalui internet sebagai punca pendapatan.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Stewart Forbes, berkata perniagaan melalui internet adalah satu pilihan kepada rakyat Malaysia untuk mencari rezeki tambahan. “Ia adalah cabang baru dalam dunia perniagaan. Tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi satu kajian perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum seseorang itu memasuki pasaran ini. Kita sebenarnya tidak perlu merungut mengenai kenaikkan harga bahan bakar. Apa yang diumumkan kerajaan masih rendah. Di Eropah, bahan bakar tiga kali ganda lebih mahal daripada Malaysia. Apa yang perlu dilakukan rakyat Malaysia ialah mencari alternatif bagi menampung kehidupan dan perniagaan internet adalah satu cabang baru yang perlu diberi galakkan,” katanya.

Sebenarnya terdapat berpuluh laman web menyediakan asas untuk individu yang ingin memulakan perniagaan melalui internet seperti laman web eBay atau WhyDoWork.com. Melalui WhyDoWork.com, kita boleh dapat tahu apakah produk diperlukan oleh masyarakat antarabangsa dan anda akan terkejut kerana kebanyakkan permintaan itu sebenarnya hobi sendiri. WhyDoWork.com turut memberikan panduan apakah laman web yang menjadi pusat dagangan paling popular selain memberi tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan perniagaan internet tanpa risiko.

Terdapat juga laman web dikenali biz4you.net yang memberi ruang secara terus kepada bakal peniaga internet Malaysia untuk berdadang dengan usahawan antarabangsa. Selain itu, Cafepress.com boleh dilayari dan pengendali laman web ini turut menyumbang menjual produk mereka seperti baju-T dan cawan.

Tapi, laman web paling popular ialah eBay yang menawarkan pelbagai barangan melalui bidaan - asas awal kebanyakkan usahawan internet untuk memperkenalkan produk mereka. Seperti yang digambarkan Forbes: “Tidak ada siapa mahu petrol naik. Tapi, suatu hari ia akan naik juga. Rakyat perlu melakukan pengubahsuaian kehidupan. Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah memastikan tidak ada pihak seperti perniagaan atau pengusaha pengangkutan awam mengambil kesempatan daripada kenaikkan harga bahan bakar ini.”

————————————————————————————–
Sumber: Harian Metro, Rabu, 8 Mac 2006

Idea-Idea Bisnes Yang Unik & Luar Biasa!
Idea-Idea Yang Tak Pernah Terlintas Di Fikiran!

Sumber: http://www.ideabisnesluarbiasa.com

Kuasa Fokus


Sepertimana perniagaan secara konvensional, perniagaan melalui internet atau online ini juga memerlukan kita memiliki ciri-ciri ataupun attitude yang baik dan positif.. Antara yg terpenting adalah FOKUS.. Hanya satu perkataan iaitu fokus.. Saya suka mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca, fokus terhadap apa yg kita lakukan adalah amat penting. Buatlah apa sahaja, jika anda tidak fokus dan ber-istiqamah, nescaya amat sukar untuk anda berjaya..

FOKUS yang saya maksudkan di sini ialah, apabila kita telah mempunyai satu produk, kita mesti memberikan tumpuan sepenuhnya kepada produk tersebut.. Sebagai contoh mudah, apabila seseorang telah berjaya menghasilkan satu produk & telah melancarkan dan mula menjual produknya itu melalui internet, dia mula tidak fokus… Pada bulan yg pertama, dia begitu excited, mengiklankan di sana-sini (forum, ruang iklan, SPAM?? dan lain2), namun apabila produknya tidak mendapat sambutan atau tiada trafik (pengunjung) yg ramai ke websitenya, dia mula berputus asa… Bukan salah produk.. Yang salah adalah tidak fokus…

Fokus di sini bukan hanya berterusan mengiklan & mempromosi.. Tidak… Tetapi, cuba belajar & terus belajar teknik2 pemasaran internet seperti copywriting, e-zine, email marketing, salescopy dan lain-lain lagi.. Juga, cuba menganalisis apakah & di manakah silap yg menyebabkan tiada ramai yg membeli produk kita..

Para pembaca, ramai di kalangan kita yang hanya ‘panas’ pada permulaan.. Ini juga telah berlaku kepada saya.. Salah satu kelemahan saya adalah KURANG FOKUS.. Tetapi sekarang, saya cuba untuk memiliki kuasa FOKUS itu.. Bukan sihir atau ilmu hitam.. Tetapi kesungguhan kita dalam perniagaan.. Luangkan sedikit masa sehari untuk mempelajari perkara yg baru serta untuk membuat analisis terhadap e-bisnes kita..

FOKUS adalah begitu penting.. Salah satu lagi contoh ialah di dalam proses pembelajaran.. Artikel demi artikel di-download (save) dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus e-book dibeli atau di-download… TAPI sayang, satu pun tidak dibuka untuk dipelajari SECARA SERIUS… Ini berlaku kepada saya… Empat tahun yang lepas, saya sudah mengetahui kewujudan internet business ini, bahkan semasa saya tingkatan dua lagi.. Namun saya tidak berjaya & tidak bertindak terhadap peluang itu… KERANA… Tiada FOKUS… Namun, masih belum terlambat untuk kita bermula..

Pastikan bila anda sudah bermula, PASTIKAN ANDA FOKUS… Setelah anda ada produk dan telah memulakan jualan, PESANAN saya, jangan fikirkan produk lain lagi.. Fikirkan dan mulakan produk lain apabila produk anda yang pertama tadi telah berjaya.. Mengapa? Lebih-lebih lagi adalah bagi yang newbie atau yang baru bermula di dalam e-bisnes.. Banyak lagi yang perlu dipelajari…

Belajarlah dengan kesilapan atau ‘kegagalan’ dengan satu produk terlebih dahulu.. Buatlah eksperimen terhadap teknik2 yang dipelajari terhadap satu produk itu dahulu.. InsyaAllah, setelah anda telah melalui sedikit asam-garam dunia e-bisnes, barulah anda boleh memikirkan produk yang lain pula… Jadi, fokus kepada satu produk terlebih dahulu untuk belajar menjadi usahawan internet..

————————————————————————————–
Sumber: Laman web http://blog.smartusaha.com oleh Mohd Zulfadli

Next Page »