Memulakan Perniagaan SMS Sendiri - Siri 1


Azam tahun baru untuk SMSWang adalah untuk memuatkan kandungan blog yang dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan sendiri. Ya! Perniagaan sendiri. Bermaksud objektif saya adalah supaya lebih ramai yang mahu memulakan perniagaan SMS sendiri, dan bukannya merujuk kepada menyertai SKIM PERNIAGAAN SMS sama ada MLM atau seumpama dengannya. Sesungguhnya tiada skim yang saya tawarkan untuk anda sertai ( belum lagi :) )….

Dalam Siri Memulakan Perniagaan SMS Sendiri, saya akan cuba menghuraikan kaedah2 yang saya gunakan untuk perniagaan SMS. Kaedah ini sudah tentunya tidak tercatat dimana2 buku atau ebook, memandangkan kaedah ini adalah kaedah praktikal yang saya gunakan sendiri. Teori2 dalam setiap kaedah yang saya gunakan ada saya huraikan di dalam ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Untuk lebih praktikal, bagaimana saya cadangkan saya pecahkan siri2 ini dalam 5 atau 6 siri dalam masa 2 minggu?

Jadi, saya rancang untuk menyiapkan suatu perniagaan SMS yang boleh dimulakan dalam masa 14 hari. Walaupun perniagaan ini boleh dilancarkan lebih awal daripada 14 hari (sesetengah perniagaan SMS boleh dilancarkan dalam masa 24-48 jam sahaja), tapi elok kita bergerak perlahan sedikit bagi membolehkan lebih ramai memahami dan membuat sedikit tutorial masing2.

Sebagai permulaan, bagaimana kalau kita beri tajuk

Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan SMS dalam Masa 14 Hari

Sounds good right?

Sebagai ulangan, dalam ebook saya, saya ada gariskan 4 kaedah mudah untuk memulakan perniagaan SMS :

1. Fikirkan produk atau perkhidmatan
2. Wujudkan infrastruktur SMS
3. Pilih Technology Partners, dan
4. Promosi

Langkah #1 - Fikirkan Produk dan Perkhidmatan
Langkah ini adalah langkah yang saya boleh katakan sebagai wajib bahkan untuk semua perniagaan. Dalam memilih produk dan perkhidmatan, seperti biasa, kita perlu lihat pasaran terlebih dahulu.

Pasaran adalah merujuk kepada keadaan di mana, kita gunakan SMS sebagai alternatif untuk memudahkan sesuatu transaksi atau urusan. Kita ambil contoh yang mudah seperti urusan perbankan dimana kita mengemaskini dan mendapatkan baki akhir akaun bank.

Dahulunya, perbankan konvensional memerlukan pelanggan untuk datang ke cawangan bank membawa bersama2 buku bank, beratur panjang, dan menguruskan segala2nya di kaunter bank.

Tetapi apabila sudah ada perbankan internet, pelanggan mempunyai alternatif tanpa perlu pergi ke cawangan. Dengan menggunakan internet, pelanggan boleh login ke akaun dan melihat transaksi dan juga baki akhir akaun.

Lihat bagaimana teknologi SMS mengubah urusan perbankan. Dengan handphone ditangan, pelanggan hanya perlu menghantar SMS dan maklumat akaun terus dihantar ke handphone pelanggan! Urusan semakin cepat dan cekap. Jadi perubahan perbankan menjadi semakin mudah, tidak perlu ke cawangan bank, tidak perlu komputer dan internet. SMS menggantikan segala kaedah sebelumnya. Secara mudahnya urusan perbankan berubah :

Beratur di cawangan –> Perbankan internet –> Perbankan SMS

Perniagaan SMS yang dimulakan dengan konsep untuk memudahkan urusan seringkali akan mendapat tempat di kalangan pengguna/pelanggan. Walaupun perkhidmatan SMS tersebut baru, tetapi atas pelanggan memang sukakan sesuatu yang memudahkan kerja. Lambat laun, pelanggan akan menggunakan perkhidmatan SMS anda.

Contoh lain adalah seperti memeriksa saman kenderaan dengan PDRM. Sekarang ini, lebih mudah untuk memeriksa saman melalui SMS dari kita terpaksa bersusah2 ke balai untuk memeriksa status saman.

Ada sebarang pandangan apakah bentuk transaksi atau urusan lain yang kita boleh permudahkan dengan SMS?


About the Author

Irwan Dahnil merupakan penulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Pertama kalinya beliau membongkar rahsia SMS di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan lebih ramai usahawan SMS. Ebook beliau boleh didapati di sini

Kenapa Kebanyakan Bisnes Susah Nak Capai Kejayaan?


Rahsia utama untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan komersial ialah ‘menjadi unik’. Seringkali saya mengulangi perkara ini kepada rakan-rakan bisnes dan juga pelanggan saya – anda mesti menawarkan solutions atau penyelesaian permasalahan dalam bentuk produk ataupun perkhidmatan yang belum ada sesiapa tawarkan lagi! Kebanyakan syarikat perniagaan hanya masuk ke dalam pasaran dan melakukan sama seperti apa yang peniaga lain lakukan. Ini jelas dari pandangan dan persepsi masyarakat.

Dengan cara ini, anda tidak akan ke mana-mana. Sekiranya anda tiada sebarang kelainan atau keunikan untuk ditawarkan, anda umpama penjual sayur di pasar-pasar – anda menawarkan produk yang SAMA seperti peniaga lain. Anda hanya berupaya mendapatkan lebih ramai pelanggan sekiranya anda sanggup menurunkan harga jualan sayuran anda. Dan ini bukanlah caranya untuk menjadi kaya!

Tanya diri anda sendiri persoalan ini, mengapakah sesetengah barangan itu mahal harganya berbanding dengan barangan yang lain? Ianya kerana barang yang mahal itu unik, jarang dijumpai ataupun sukar didapati. Sebaliknya, barangan yang murah pula amat mudah didapati di mana-mana sahaja!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk membuat keuntungan, anda harus pastikan yang anda berupaya menjadikan diri, bisnes dan produk anda unik; bukannya menawarkan persamaan seperti ‘komoditi’ yang lainnya. Sekiranya anda menawarkan sesuatu yang biasa-biasa sahaja, tiada apa yang membezakan anda dengan peniaga yang lain,melainkan harga. Inilah yang mesti anda elakkan kerana anda terpaksa menurunkan harga jualan dan juga mengurangkan margin keuntungan bisnes anda. Kalau ini berterusan, tidak lama lagi bisnes anda akan ‘gulung tikar’!

Tetapkan matlamat anda dalam setiap perkara yang anda lakukan; samada merancang, menjalankan, mengurus dan membangunkan bisnes anda, tumpuan utama haruslah diberikan kepada menawarkan keunikan dan kelainan!

Setiap aspek bisnes anda itu pula – daripada membangun atau mengeluarkan produk atau perkhidmatan sehinggalah kepada promosi dan juga penjualan kepada pelanggan – mestilah mempunyai ciri-ciri keunikan. Dan ianya bukan sahaja unik semata-mata tetapi keunikan itu mestilah boleh difahami dan dihargai oleh para pelanggan atau target market anda!


Petikan CD-ROM 59 IDEA BISNES LUARBIASA oleh Tazilan Ibrahim

Mesej & pengajaran:
Idea kreatif dan luar biasa bukan milik seseorang individu sahaja. Ianya tidak mengira bangsa, umur, jantina, keturunan dan pangkat. Pokoknya bagaimana anda menggunakan akal fikiran untuk mencapai sesuatu! Pasti boleh! Yakin Boleh!!

RM 11,000 secara sambilan dengan Google Adsense


Kisah Duit..

Bila saya katakan ada orang yang sudah menerima wang sebanyak RM11,000 lebih menerusi internet hasil daripada website yang dibina. Ramai orang tidak percaya tentangnya… lihat bukti pendapatannya dibawah.

Jika anda jumlahkan wang yang diterima setiap bulan sepanjang tahun 2005, iaitu pada bulan Januari hingga Disember, keseluruhannya adalah berjumlah USD3000 lebih.. bersamaan dengan RM11,000 lebih. Ya, itulah jumlah pendapatan sampingan yang telah di perolehi menerusi internet sepanjang tahun 2005. Walaupun jumlah itu masih belum menjadikannya seorang jutawan, tetapi ia sudah mencukupi untuk membuatkan hidup sekeluarga tenang dan gembira. Lepaslah duit minum kopi orang kata…

Pendapatan sampingan itu diperolehi hasil daripada penyertaan di dalam program google adsense, iaitu sebuah program yang dikelolakan oleh google, iaitu sebuah syarikat “internet search engine” yang terbesar di dunia. Malahan, apa yang lebih menarik, sehingga kini, dia masih lagi menerima cek dari google pada setiap bulan.

Pendapatan itu diperolehi :

1. Tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit.
2. Tanpa perlu melayari internet setiap hari selama 2-3 jam.
3. Tidak perlu bersusah payah mencari pembeli untuk menjual wang elektronik seperti e-gold/stormpay/paypal atau wang-wang elektronik yang lain yang seumpamanya.
4. Tidak perlu mencari downline.
5. Tidak perlu melaburkan semula wang yang diperolehi pada setiap 12 hari atau pada setiap bulan atau pada setiap tahun untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan.

Apa yang dilakukan hanyalah membuat sebuah website, kemudian menyertai program google adsense dan akhir sekali menarik orang ramai ke website itu. Itu sahaja! Hanya 3 langkah. Cukup bulan, ada rezeki, dapat check dari google. Ha! Ha! Ha! Bagaimana? Mudah bukan?

Sebenarnya, saya kurang gemar untuk menggunakan perkataan “wang mudah” didalam menerangkan program adsense ini kepada anda. Ini kerana, “wang mudah” sebenarnya tidak wujud di dunia ini. Untuk mendapatkan wang yang banyak dari program adsense ini, anda perlu membina website dan juga berusaha menarik ramai orang ke website anda. Jadi, untuk membuat 2 perkara tersebut bukanlah mudah sebenarnya, banyak yang perlu anda lakukan dan usahakan.

Walaubagaimanpun, suka saya menyatakan bahawa, inilah program yang paling cepat, mudah dan berterusan memberikan wang berbanding program-program penjanaan wang di internet yang lain.

Apa itu Google Adsense?

Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari google, kenalah tahu dulu apa itu google adsense!.

Google Adsense sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik laman web yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. Kalau orang tak klik.. google tak bayar la.

Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu ker Google nak bayar orang-orang tu semua?

Ops! Jangan risau…. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak-pihak yang ingin mengiklankan website mereka di google.
Pada mulanya, google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website google sahaja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk “Sponsored Link” seperti di bawah.

Iklan-iklan yang dipaparkan dibahagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklan-iklan yang berbayar. Dimana, pemilik-pemilik iklan tersebut akan membayar google dengan amaun tertentu setiap kali orang ramai meng”klik” iklan tersebut.

Tetapi kini, dengan program adsense, google telah membuka peluang pengiklanan tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula. Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website google, kini, iklan-iklan berbayar tersebut boleh dipaparkan di website anda. Jika dulu google yang mendapat wang apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut, tetapi kini, anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut.

Wah!! Bodohnya.. google? Orang bagi dia buat duit suruh buat iklan, dia bagi pulak duit tu kat orang lain!

Oh tidak.. Google bukan sebodoh itu. Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklan-pengiklan itu, tidak lah 100% masuk ke dalam poket anda. Google sebenarnya telah memecahkan wang tersebut kepada 2 bahagian. Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya, mungkin 40-60, mungkin 30-70, atau mungkin 20-80. Iaitu, 20% kepada google, 80% kepada anda. Itu hanya anggaran sahaja, pecahan peratusan yang sebenar tidak didedahkan oleh pihak google. Kalau nak tahu.. pi tanya google sendiri. Kalau dapat tahu, bagitau den yer.

Bagaimana menyertainya?

Mudah sahaja, hanya 2 langkah sahaja.

Langkah Pertama: Website
Anda perlulah mempunyai sebuah website. Sebaik-baiknya, website anda menggunakan bahasa inggeris. Jika anda masih tidak mempunyai sebuah website, binalah satu. Jika anda tidak tahu membinanya, anda boleh belajar atau mengupah orang lain untuk membinanya.

Kemudian, dapatkan webhosting & nama domain yang berbayar. Jangan meletakkan website anda di tapak-tapak webhosting yang percuma seperti geocities atau freewebs. Google tidak akan menerima website-website yang menggunakan perkhidmatan webhosting percuma.

Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan webhosting berbayar. Kos untuk mendapatkan webhosting & nama domain kini sungguh murah, lebih-lebih lagi dengan kemunculan sempoihosting.com, iaitu penyedia perkhidmatan webhosting fleksibel yang pertama di dunia. Di sempoihosting.com, anda sudah boleh memliki nama domain & webhosting dengan kos serendah RM44 setahun.

Jangan anggap wang yang anda keluarkan itu sebagai kos, tetapi, anggaplah ia sebagai modal pelaburan. Ini kerana, wang yang anda boleh dapati dari program adsense ini lebih banyak & lebih besar lagi nilainya dari RM44.

Walaubagaimanapun, jika anda sememangnya seorang yang sangat miskin dan kedekut serta tidak mampu untuk mengeluarkan kos sebanyak RM44. Ada satu lagi cara untuk anda memiliki website, iaitu dengan menggunakan penyedia perkhidmatan weblog percuma.

Anda boleh menghasilkan sebuah weblog untuk diri anda sendiri secara percuma di blogspot.com, blogdrive.com, danchan.com atau penyedia-penyedia weblog yang lain. Terdapat beratus-ratus penyedia perkhidmatan weblog di internet yang menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma.

Anda hanya perlu daftar dan bina weblog anda.

Jika tujuan utama anda membina website semata-mata untuk mendapatkan duit dari program adsense ini. Anda perlulah memilih topik yang sesuai untuk website@weblog anda. Pilihlah topik yang anda paling mahir dan paling banyak ilmu mengenainya.

Tidak pandai menulis atau tak tahu nak tulis apa? Jangan risau, lawati www.articlecity.com , di sana terdapat banyak artikel yang boleh anda gunakan dan ia diberikan secara percuma.

Langkah Kedua : Jadi Ahli Adsense

Setelah anda mempunyai website@weblog, anda perlulah memohon menjadi ahli adsense (membuka akaun adsense).

Untuk membuka akaun google adsense, mudah sahaja. Klik pada banner dibawah

Kemudian klik pada butang “Click Here To Apply”.
Masukkan maklumat anda dengan lengkap. Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tepat. Jangan tipu-tipu, kalau tidak, check anda tidak akan sampai nanti.

Setelah anda selesai mengisi borang dan mendaftar. Anda perlulah menunggu 1-2 hari untuk google menyemak permohonan anda dan kemudiannya memberikan kata putus kepada anda sama ada permohonan anda diterima atau tidak. Keputusan akan dimaklumkan menerusi email.

Jika permohonan anda diluluskan… TAHNIAH! Anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Anda sudah boleh meng”copy & paste” kod HTML yang diberikan kedalam website anda. Anda boleh memaparkan iklan tersebut secara menegak atau melintang dimana-mana sahaja bahagian di website anda. Anda juga boleh menukarkan warna iklan tersebut supaya ia bersesuaian dengan tema warna website anda.

Iklan-iklan yang dipaparkan pula adalah merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan website anda. Untuk makluman anda, Google telah berjaya membina satu teknologi yang dapat mengesan topik serta kandungan di dalam website anda. Jika website anda bercerita mengenai komputer, maka, iklan-iklan yang akan dipaparkan adalah iklan-iklan yang berkaitan dengan komputer sahaja.

Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana iklan-iklan yang dipaparkan tidak berapa berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam website anda. Ini kerana, ia juga bergantung kepada iklan-iklan yang terdapat di dalam database pengiklanan google. Contohnya, anda telah membina sebuah website yang menyediakan maklumat mengenai silat melayu, oleh itu, google sepatutnya memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan silat di website anda. Tetapi malang, tiada satu pun ikan yang berkaitan dengan silat di dalam database google. Dalam erti kata yang lain, tiada satu pun pihak yang menjual peralatan-peralatan seni bela diri mengiklankan website mereka di google. Oleh itu, tidak akan ada iklan yang berkaitan silat dapat dipaparkan di website anda. Sehubungan itu, anda mungkin akan melihat iklan-iklan lain pula seperti iklan mencari teman atau pun iklan-iklan yang tertulis “Ikan Layanan Masyarakat”. Untuk makluman, anda tidak akan menerima sebarang bayaran jika orang meng”klik” iklan-iklan yang mempunyai tag “Iklan Layanan Masyarakat” di website anda. Oleh itu, anda perlulah mengubah topik yang terdapat di website anda kepada topik yang lain yang dirasakan lebih sesuai.

Itu cerita bagi permohonan mereka yang berjaya diluluskan. Bagaimana pula jika permohonan anda ditolak? Jika permohonan anda ditolak, anda mungkin boleh cuba lagi.. antara sebab-sebab mengapa permohonan anda ditolak ialah mungkin.

1. Anda menggunakan webhosting percuma
2. Website anda menggunakan bahasa melayu.
3. Website anda tidak teratur dan terlalu banyak broken link.
4. Website anda adalah website peribadi yang menceritakan tentang hal-hal peribadi anda. Google biasanya tidak menerima website seperti ini kerana ia tidak mempunyai topik yang spesifik.
5. Website anda adalah website ciplak/fotostat/template.

Terdapat banyak pihak diinternet yang menjual template-template website yang kononnya mempunyai katakunci yang bagus yang mampu memberikan wang yang banyak apabila orang ramai mengklik pada iklan google yang terdapat di dalam website template tersebut. Jangan menggunakan website seperti ini, permohonan anda bukan sahaja tidak diterima, malahan jika anda sudah mempunyai akaun google adsense, akaun anda mungkin akan di gantung dan dibatalkan.

Jangan Jadi Bodoh!

Ini adalah merupakan amaran keras kepada mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang tamak, gelojoh, ingin cepat kaya serta bodoh, yang cuba menipu atau mengambil kesempatan terhadap program adsense.

Saya telah menjumpai ramai orang-orang seperti ini yang telah mengambil tindakan bodoh dengan cara menipu supaya mereka dapat duit yang banyak dari program ini dengan cepat. Kebanyakkan dari mereka mengalami nasib yang serupa di penghujungnya, iaitu, akaun mereka dibatalkan.

Antara tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh mereka ini ialah.

1. Mengklik sendiri iklan-iklan yang dipaparkan diwebsite mereka
2. Menyuruh atau mengupah orang lain atau rakan-rakan mereka mengklik pada iklan google di website mereka
3. Pergi ke cybercafe dan kemudiannya mengklik iklan sendiri.
4. Pergi ke komputer orang lain dan mengklik iklan sendiri lagi.
5. Menggunakan template/website fotostat yang telah digunakan oleh beribu-ribu orang yang lain di internet.
6. Menyertai komuniti yang berpakat untuk mengklik iklan google sesama mereka.

Itulah antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh orang-orang bodoh yang mempunyai nafsu tamak dan ingin cepat kaya ini. Oleh itu, saya memberikan amaran yang sekeras-kerasnya kepada anda agar anda tidak melakukan perkara-perkara bodoh tersebut apabila menyertai program ini.

Saya menyeru kepada anda supaya kita sama-sama menggunakan kaedah yang telus dan benar. Jaga nama baik rakyat Malaysia. Saya tidak mahu perkara yang sama yang berlaku di Clickbank berulang. Tahukah anda, suatu masa dahulu, clickbank adalah merupakan sebuah program penjanaan wang yang amat berkesan diinternet. Pada ketika itu, ramai rakyat malaysia berpeluang mengaut keuntungan dari internet dengan menyertai program ini. Namun begitu, disebabkan oleh tindakan orang-orang yang bodah yang wujud dimalaysia ini (orang yang tamak, gelojoh, nak kaya cepat, kaki penipu, bodoh dan bangang), pihak clickbank telah menyekat program mereka dari disertai oleh orang-orang dari malaysia. Ini kerana, mereka dapati, terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh akaun-akaun yang didaftarkan di Malaysia.

Oleh itu, jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada program adsense! Janganlah jadi golongan orang-orang yang bodoh dan bangang!. Jadilah orang yang jujur, buangkan pemikiran bodoh yang mengatakan anda boleh jadi kaya dengan cepat. Tidak ada perkara seperti itu di dunia ini.

Sekian, salam cyber dari saya dan selamat menjana pendapatan di internet dengan jujur dan halal..

Sukeri Mohamed
www.sukeri.com

P/S: untuk mendapatkan tips-tips lebih lanjut tentang google adsense, sila klik di sini

Adakah anda tahu bahawa anda boleh menjana wang yang tidak terhingga dengan hanya membuat laman web percuma walaupun tiada kemahiran dengan Google Adsense?

Ikuti Panduan RajaAdsense, ia akan mengajar anda langkah demi langkah menjana wang tanpa henti dengan Google Adsense. Klik untuk maklumat lanjut

Next Page »