Irfan Khairi Dedah Rahsia Jutawan

irfan jutawan internet


Klik di sini untuk mendapatkan ebuku Mentor Jutawan sekarang

Syabas dan tahniah saudara Irfan kerana memberi peluang kepada para usahawan untuk memantapkan diri, menimba ilmu dan seterusnya berjaya seperti mentor-mentor jutawan.

Sesungguhnya membaca e-book mentor jutawan adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong saya agar lebih bersungguh-sungguh dan lebih kreatif untuk memajukan perniagaan saya.

Terima kasih

www.anggunkidscolours.com

Tak sampai 5 minit membaca laman web mengenai Mentor Jutawan, saya terus buat pesanan tanpa ragu-ragu.

Kenapa?

Saya tahu betapa besarnya ilmu yang bakal diperolehi daripada ikon-ikon jutawan Malaysia yang semestinya juga menjadi mentor kepada saya secara senyap-senyap. Bukannya senang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang berdasarkan pengalaman dan pengorbanan seseorang jutawan. Lagipun, bukan setakat seorang, malah 8 orang jutawan mendedahkan rahsia, tips dan strategi kejayaan mereka.

Pastinya saya tak mahu ketinggalan mempelajari sebanyak mana yang mungkin.

Di dalam setiap bicarawara yang diberikan, ada sahaja perkara baru yang saya pelajari - ada sahaja yang akan menjadi titik tolak kepada usaha saya untuk terus berjaya.

Terima kasih kepada semua mentor jutawan -Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato’ Dr Azman Ching, Billi Lim, Datuk Hussamuddin Yaacob, Abang Abu dan Irfan Khairi.

Setinggi tahniah diucapkan kepada Irfan Khairi kerana mencipta sebuah ebook yang padat berisi dan semestinya ada ummph!

Kata orang putih “Success Leave Clues” (Kejayaan Ada Petunjuknya)… ebook Mentor Jutawan ini adalah petunjuknya.

Oleh itu, jadikan ebook Mentor Jutawan sebagai panduan dan inspirasi anda untuk maju ke hadapan.

Jika anda belum mendapatkan ebook ini lagi, pastikan anda buat pesanan pada hari ini juga.

Zamri Nanyan
Usahawan Internet dan Penulis bersama buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”
www.BisnesDigital.com

Tanpa ragu-ragu saya terus order walaupun kad Kredit dah sampai penghujung. Baru baca mukadimah Mentor Jutawan dalam hati saya berkata ” Memang Berbaloi Aku Order”.

Terima Kasih sdr Irfan..tak sia-sia saja ikuti “Tip satu minit setiap hari!” sdr.

Tahniah sdr Irfan atas usaha sdr supaya ramai lagi bangun dan maju sebagai usahawan.

cdeq
http://mayabiz.bazaarlot.com

Menakjubkan,setelah membaca ebook Metor Jutawan saya amat teruja dengan isi kandungannya padat dan lengkap,yang boleh dianggap rahsia terbongkar.

Ebook Metor Jutawan ini mengetengahkan maklumat dan rahsia kejayaan pakar-pakar usahawan tempatan dan luar untuk sama-sama kita jadikan panduan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Metor Jutawan merupakan produk terbaik dan saya bangga dengan kualiti dan penampilan produk ini.
Saya mengesyorkan anda mendapatkan ebook ini pada hari ini juga untuk mengetahuinya.
Ikhlas,

lankub
(roslan yaakub)

Klik di sini untuk mendapatkan ebuku Mentor Jutawan sekarang

Buku yang hebat untuk pembaca yang hebat. Syabas Irfan Khairi. Mentor Jutawan memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu memulakan peniagaan sendiri. Mentor Jutawan telah berjaya mencungkil rahsia-rahsia jutawan yang berjaya untuk dijadikan fomula atau pembakar semangat untuk mereka yang ingin berjaya.

Semua Jutawan yang dipaparkan telah berkongsi jatuh bangunnya mereka di dalam dunia perniagaan. Kejayaan tidak datang bergolek tapi dengan usaha yang gigih. Mungkin sebelum ini ramai yang kurang berkeyakinan dalam memulakan perniagaan mereka sendiri. Saya percaya dan menjamin setelah membaca buku ini mereka akan lebih yakin dan tidak melakukan kesilapan yang telah mereka lalui.

Semua yang berjaya telah melakukannya from “scratch” dan tidak ada jalan mudah melainkan kita menjadikan cerita mereka sebagai sumber idea atau fomula untuk berjaya. Pastikan anda merebut peluang keemasan untuk mendapat buku ini.

www.izzulbabygift.com

Sebenarnya saya sudah berjanji pada diri tidak mahu membeli sebarang ebook lagi sebelum saya berjaya sebab sudah terlalu banyak ebook saya beli tetapi ‘belum rezeki’ saya untuk berjaya. Tetapi ebook ‘Mentor Jutawan’ ni berjaya mengamit dan mengetuk pintu hati saya untuk memiliki dan mencari rahsia bukan satu tetapi lapan orang jutawan dalam bidang masing-masing.

Akhirnya saya tewas, ‘Mentor Jutawan’ memang benar-benar satu ebook yang mesti dimiliki oleh setiap orang! Ianya tidak ternilai dengan wang ringgit berbanding ilmu yang dikongsi oleh lapan jutawan ini. ebook ini bukan sahaja sebagai pencetus semangat tetapi banyak ilmu, rahsia dan aktibar yang boleh dicontohi.
Jangan fikir dua kali, saya amat mengesyorkan anda memiliki ebook ini. Anda tidak akan rugi satu senpun bahkan anda boleh meraih pendapatan sampingan dengan program ‘affiliate’nya. Hebatkan!

Tq Irfan.

hajijah
July 18th, 2008 at 2:20 pm

MENTOR JUTAWAN adalah Ebook yang harus dimiliki oleh semua peringkat umur yang dahagakan kejayaan atau yang ingin melipatkali gandakan kejayaan yang sedia ada. Padat dengan info menarik dan tips menakjubkan daripada jutawan-jutawan tanah air berdasarkan kepada pengalaman mereka yang bermula “FROM ZERO TO A HERO”! Untuk menjadi jutawan perlulah mendapatkan panduan daripada jutawan dan inilah dia! MENTOR JUTAWAN!

Mohd Muazan Mohsin
July 18th, 2008 at 1:17 pm

Wau! Tidak pernah terfikir kita akan jadi jutawan dengan menjual pau atau kacang goreng.
Saya teruja pada formula “banyak baca buku, kita akan bertambah kaya” dan tip “doktor dalam perang”.

Syabas kepada yang membeli ebook ini!

Yang pastinya, Mentor Jutawan akan melahirkan lebih ramai jutawan dalam masa 7-10 tahun dari sekarang.

Selamat berusaha dan semoga kita sama-sama berjaya.

Rohaizan Khamis
http://gempurhpa.blogspot.com/

Saya baru sahaja selesai membaca buku ini. Apa yang hendak saya katakan bahawa buku ini bernilai. Pada mulanya saya sangkakan hanya sedikit input sahaja dikongsi kerana ianya berbentuk temuramah berbanding cara kebiasaan sesebuah buku ditulis. Tetapi jangkaan saya meleset. Memang banyak input dikongsi.Jika anda membeli buku ini, pastikan sebuah nota ringkas bersama anda. Saya jamin, sekurang-kurangnya anda akan menjumpai satu idea yang bernilai daripada setiap personaliti untuk diimplementasikan.

www.drinspirasi.com

Membaca eBook Mentor Jutawan seolah-olah anda sendiri bertemu bual secara dekat dengan kelapan-lapan Mentor Jutawan berkenaan.

Satu-satunya ebook yang memuatkan dan menghimpunkan pengalaman dan dorongan daripada mereka yang bergelar JUTAWAN!

Apa sahaja yang kita lakukan, didorong oleh inspirasi, eBook ini mendorong kita untuk menuju ke arah menjadi JUTAWAN!

eBook yang harus dimiliki oleh semua yang ingin bergelar JUTAWAN!

Salam kekayaan,

THINKERICH
www.pemikirkaya.com

Tahniah Irfan Khairi telah berjaya menerbitkan sebuah buku Mentor Jutawan. Tidak rugi sesiapa yang membeli buku ini kerana isi kandungannya penuh dengan mutiara kata, azimat dan highlights serta tips untuk berjaya dalam perniagaan dari pengalaman 8 Mentor Jutawan.

Buku ini memang berbeza dari keluaran sebelum ini. Isi kandungannya berdasarkan interview beliau dengan 8 mentor jutawan. Memang beruntung saya kerana hanya membeli sebuah buku Mentor Jutawan ini seperti membeli lapan buah buku. Macam orang kata “8 in 1?!Buku ini memang berbaloi untuk dijadikan panduan untuk memulakan perniagaan.

Kepada sesiapa yang belum memilikinya, beli buku Mentor jutawan sekarang kerana pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya berpatutan jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Anda tidak akan rugi memilikinya.. “lebih banyak membaca, bertambah kaya”

Mohd Nazrien A.R
Kota Kinabalu, Sabah

 Klik di sini untuk mendapatkan ebuku Mentor Jutawan sekarang

Bisnes Internet Untuk Surirumah Dan Wanita Berkerjaya

Walaupun perniagaan internet tidak membataskan seks seseorang individu untuk menceburinya, namun tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Bukannya bersikap seksis atau berat sebelah tetapi golongan wanita adalah lebih memahami masalah dan penyelesaian sesetengah isu berkaitan wanita. Begitu juga masalah dan penyelesaian yang khusus untuk lelaki yang cuma lelaki sahaja memahaminya dengan lebih mendalam.

Sebagai contoh, perkara yang berkaitan dengan pengalaman mengandung dan melahirkan anak cuma dapat dizahirkan oleh seorang wanita. Memang lelaki pun boleh berkongsi pengalaman mereka sendiri, seperti yang saya ceritakan di http://imran.zamrinanyan.com tetapi ianya tidak akan sama dengan perasaan dan pengalaman seorang wanita yang bertarung nyawa untuk membawa seorang insan ke dunia ini.

Jadi, jika anda seorang wanita yang ingin berniaga di Internet, ingatlah bahawa anda juga mempunyai kekuatan anda sendiri untuk bersaing di dalam pasaran tempatan mahu pun di arena antarabangsa.

Untuk memudahkan anda mencari idea untuk bermula, saya pecahkan golongan wanita kepada 2 kumpulan - “surirumah atau wanita belum bekerja” dan “wanita berkerjaya”.

Surirumah atau Wanita Belum Bekerja

Jangan anggap bahawa tugas surirumah adalah mudah - duduk di rumah sahaja tanpa melakukan sebarang tugas.

Ini kerana tugas seorang surirumah tidak pernah habis dan mereka akan menghabiskan masa dengan mengemas rumah, memasak, menguruskan suami, anak-anak dan banyak lagi. Jika ditanya kepada saya, memang saya menyerah kalah dengan tugas-tugas tersebut.

Wanita yang belum bekerja pulak termasuk golongan wanita yang masih menuntut atau remaja yang masih tinggal bersama ibu-bapa, dan jika dilihatkan, golongan ini mempunyai lebih masa terluang untuk dipenuhi.

Sama ada tekaan saya benar atau tidak mengenai kehidupan golongan surirumah atau wanita yang tidak bekerja ini, golongan ini mempunyai pilihan untuk mengagihkan sedikit masa mereka setiap hari untuk memulakan bisnes dari rumah (khususnya bisnes internet).

Wanita Berkerjaya

Wanita berkerjaya pula adalah golongan yang menghabiskan banyak masa di pejabat. Siang hari banyak dihabiskan di luar rumah dan cuma dapat meluangkan masa di rumah selepas balik dari bekerja.

Namun begitu, golongan ini dapat menimba pengalaman yang berbeza daripada surirumah atau wanita yang belum bekerja. Sebagai contoh, seorang wanita berkerjaya dapat bergaul dengan lebih ramai rakan dan kenalan di pejabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Dari sini, mereka akan didedahkan dengan lebih banyak peluang dan idea untuk diperkembangkan.

Masa memang terbatas tetapi jika diagihkan dengan baik, golongan ini juga mampu membina bisnes di internet.

Perkara yang menarik dengan bisnes di internet ialah… bergantung kepada model bisnes yang diaplikasikan, sesetengah bisnes internet memang dapat dijalankan dengan meluangkan cuma 1 hingga 2 jam sehari.

Jadi secara purata, bisnes internet memang sesuai untuk setiap golongan wanita dan mereka tiada alasan untuk menyatakan bahawa persaingan dengan golongan lelaki adalah tinggi. Ini kerana golongan wanita ini sendiri mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai oleh golongan lelaki.

Idea Berniaga Untuk Wanita

Sebagai panduan, berikut adalah 3 idea berniaga untuk wanita.

1. Menjual produk digital seperti ebook berkaitan dengan wanita dan keluarga.

Ebook berdasarkan pengalaman berharga memang ada tempat di pasaran. Sebagai contoh, jika anda tahu bagaimana untuk menangani masalah anak yang kencing malam, ini merupakan satu potensi yang baik untuk dijadikan bahan informasi untuk dijual. Jika untuk wanita berkerjaya, anda boleh menulis topik “bagaimana mengurus masa untuk wanita korporat” dan sebagainya.

2. Menjual barang rumah yang sudah tidak diingini.

Ebay merupakan platform mudah untuk melakukan bisnes sebegini. Bagi surirumah yang selalu menguruskan hal-hal berkaitan rumahtangga mungkin akan dapat mengumpulkan barang-barang yang tidak diingini ini untuk dilelong. Jika di Malaysia, lelong.com.my adalah satu lagi platform alternatif bagi ebay.com.my.

3. Membina komuniti khusus untuk wanita.

Di dalam model bisnes ini, anda membina forum yang membincangkan masalah dan penyelesaian isu berkaitan wanita atau pun sebarang topik secara amnya. Untuk menjadikan komuniti ini satu sumber pendapatan, anda boleh menawarkan servis pengiklanan di laman web atau menjual terus produk anda di sana.

Walaupun ada banyak lagi idea untuk berniaga di internet bagi golongan wanita, senarai di atas sudah cukup untuk anda bermula. Cari sesuatu yang menarik minat anda dan lakukan bisnes ini secara sampingan dahulu. Apabila anda mula mendapat rentak dan sedikit keuntungan, anda akan tahu bahawa memang pasaran bisnes internet untuk sebarang golongan wanita masih terbuka luas.

Anda juga akan perasan bahawa model bisnes internet yang dinyatakan di atas juga merupakan model bisnes yang diceburi oleh golongan lelaki. Namun, masih ada keunikannya jika anda fokus topik anda lebih kepada masalah dan penyelesaian untuk sasaran golongan wanita.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.