Bisnes Internet Untuk Surirumah Dan Wanita Berkerjaya

Walaupun perniagaan internet tidak membataskan seks seseorang individu untuk menceburinya, namun tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Bukannya bersikap seksis atau berat sebelah tetapi golongan wanita adalah lebih memahami masalah dan penyelesaian sesetengah isu berkaitan wanita. Begitu juga masalah dan penyelesaian yang khusus untuk lelaki yang cuma lelaki sahaja memahaminya dengan lebih mendalam.

Sebagai contoh, perkara yang berkaitan dengan pengalaman mengandung dan melahirkan anak cuma dapat dizahirkan oleh seorang wanita. Memang lelaki pun boleh berkongsi pengalaman mereka sendiri, seperti yang saya ceritakan di http://imran.zamrinanyan.com tetapi ianya tidak akan sama dengan perasaan dan pengalaman seorang wanita yang bertarung nyawa untuk membawa seorang insan ke dunia ini.

Jadi, jika anda seorang wanita yang ingin berniaga di Internet, ingatlah bahawa anda juga mempunyai kekuatan anda sendiri untuk bersaing di dalam pasaran tempatan mahu pun di arena antarabangsa.

Untuk memudahkan anda mencari idea untuk bermula, saya pecahkan golongan wanita kepada 2 kumpulan - “surirumah atau wanita belum bekerja” dan “wanita berkerjaya”.

Surirumah atau Wanita Belum Bekerja

Jangan anggap bahawa tugas surirumah adalah mudah - duduk di rumah sahaja tanpa melakukan sebarang tugas.

Ini kerana tugas seorang surirumah tidak pernah habis dan mereka akan menghabiskan masa dengan mengemas rumah, memasak, menguruskan suami, anak-anak dan banyak lagi. Jika ditanya kepada saya, memang saya menyerah kalah dengan tugas-tugas tersebut.

Wanita yang belum bekerja pulak termasuk golongan wanita yang masih menuntut atau remaja yang masih tinggal bersama ibu-bapa, dan jika dilihatkan, golongan ini mempunyai lebih masa terluang untuk dipenuhi.

Sama ada tekaan saya benar atau tidak mengenai kehidupan golongan surirumah atau wanita yang tidak bekerja ini, golongan ini mempunyai pilihan untuk mengagihkan sedikit masa mereka setiap hari untuk memulakan bisnes dari rumah (khususnya bisnes internet).

Wanita Berkerjaya

Wanita berkerjaya pula adalah golongan yang menghabiskan banyak masa di pejabat. Siang hari banyak dihabiskan di luar rumah dan cuma dapat meluangkan masa di rumah selepas balik dari bekerja.

Namun begitu, golongan ini dapat menimba pengalaman yang berbeza daripada surirumah atau wanita yang belum bekerja. Sebagai contoh, seorang wanita berkerjaya dapat bergaul dengan lebih ramai rakan dan kenalan di pejabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Dari sini, mereka akan didedahkan dengan lebih banyak peluang dan idea untuk diperkembangkan.

Masa memang terbatas tetapi jika diagihkan dengan baik, golongan ini juga mampu membina bisnes di internet.

Perkara yang menarik dengan bisnes di internet ialah… bergantung kepada model bisnes yang diaplikasikan, sesetengah bisnes internet memang dapat dijalankan dengan meluangkan cuma 1 hingga 2 jam sehari.

Jadi secara purata, bisnes internet memang sesuai untuk setiap golongan wanita dan mereka tiada alasan untuk menyatakan bahawa persaingan dengan golongan lelaki adalah tinggi. Ini kerana golongan wanita ini sendiri mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai oleh golongan lelaki.

Idea Berniaga Untuk Wanita

Sebagai panduan, berikut adalah 3 idea berniaga untuk wanita.

1. Menjual produk digital seperti ebook berkaitan dengan wanita dan keluarga.

Ebook berdasarkan pengalaman berharga memang ada tempat di pasaran. Sebagai contoh, jika anda tahu bagaimana untuk menangani masalah anak yang kencing malam, ini merupakan satu potensi yang baik untuk dijadikan bahan informasi untuk dijual. Jika untuk wanita berkerjaya, anda boleh menulis topik “bagaimana mengurus masa untuk wanita korporat” dan sebagainya.

2. Menjual barang rumah yang sudah tidak diingini.

Ebay merupakan platform mudah untuk melakukan bisnes sebegini. Bagi surirumah yang selalu menguruskan hal-hal berkaitan rumahtangga mungkin akan dapat mengumpulkan barang-barang yang tidak diingini ini untuk dilelong. Jika di Malaysia, lelong.com.my adalah satu lagi platform alternatif bagi ebay.com.my.

3. Membina komuniti khusus untuk wanita.

Di dalam model bisnes ini, anda membina forum yang membincangkan masalah dan penyelesaian isu berkaitan wanita atau pun sebarang topik secara amnya. Untuk menjadikan komuniti ini satu sumber pendapatan, anda boleh menawarkan servis pengiklanan di laman web atau menjual terus produk anda di sana.

Walaupun ada banyak lagi idea untuk berniaga di internet bagi golongan wanita, senarai di atas sudah cukup untuk anda bermula. Cari sesuatu yang menarik minat anda dan lakukan bisnes ini secara sampingan dahulu. Apabila anda mula mendapat rentak dan sedikit keuntungan, anda akan tahu bahawa memang pasaran bisnes internet untuk sebarang golongan wanita masih terbuka luas.

Anda juga akan perasan bahawa model bisnes internet yang dinyatakan di atas juga merupakan model bisnes yang diceburi oleh golongan lelaki. Namun, masih ada keunikannya jika anda fokus topik anda lebih kepada masalah dan penyelesaian untuk sasaran golongan wanita.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

No Comments

Leave a reply