Cara Mengelakkan Diri Daripada Tertipu di Internet (SCAM)

Oleh: Irfan Khairi

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya…
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita…

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”.
Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya”
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Bisnes Internet Untuk Surirumah Dan Wanita Berkerjaya

Walaupun perniagaan internet tidak membataskan seks seseorang individu untuk menceburinya, namun tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.

Bukannya bersikap seksis atau berat sebelah tetapi golongan wanita adalah lebih memahami masalah dan penyelesaian sesetengah isu berkaitan wanita. Begitu juga masalah dan penyelesaian yang khusus untuk lelaki yang cuma lelaki sahaja memahaminya dengan lebih mendalam.

Sebagai contoh, perkara yang berkaitan dengan pengalaman mengandung dan melahirkan anak cuma dapat dizahirkan oleh seorang wanita. Memang lelaki pun boleh berkongsi pengalaman mereka sendiri, seperti yang saya ceritakan di http://imran.zamrinanyan.com tetapi ianya tidak akan sama dengan perasaan dan pengalaman seorang wanita yang bertarung nyawa untuk membawa seorang insan ke dunia ini.

Jadi, jika anda seorang wanita yang ingin berniaga di Internet, ingatlah bahawa anda juga mempunyai kekuatan anda sendiri untuk bersaing di dalam pasaran tempatan mahu pun di arena antarabangsa.

Untuk memudahkan anda mencari idea untuk bermula, saya pecahkan golongan wanita kepada 2 kumpulan - “surirumah atau wanita belum bekerja” dan “wanita berkerjaya”.

Surirumah atau Wanita Belum Bekerja

Jangan anggap bahawa tugas surirumah adalah mudah - duduk di rumah sahaja tanpa melakukan sebarang tugas.

Ini kerana tugas seorang surirumah tidak pernah habis dan mereka akan menghabiskan masa dengan mengemas rumah, memasak, menguruskan suami, anak-anak dan banyak lagi. Jika ditanya kepada saya, memang saya menyerah kalah dengan tugas-tugas tersebut.

Wanita yang belum bekerja pulak termasuk golongan wanita yang masih menuntut atau remaja yang masih tinggal bersama ibu-bapa, dan jika dilihatkan, golongan ini mempunyai lebih masa terluang untuk dipenuhi.

Sama ada tekaan saya benar atau tidak mengenai kehidupan golongan surirumah atau wanita yang tidak bekerja ini, golongan ini mempunyai pilihan untuk mengagihkan sedikit masa mereka setiap hari untuk memulakan bisnes dari rumah (khususnya bisnes internet).

Wanita Berkerjaya

Wanita berkerjaya pula adalah golongan yang menghabiskan banyak masa di pejabat. Siang hari banyak dihabiskan di luar rumah dan cuma dapat meluangkan masa di rumah selepas balik dari bekerja.

Namun begitu, golongan ini dapat menimba pengalaman yang berbeza daripada surirumah atau wanita yang belum bekerja. Sebagai contoh, seorang wanita berkerjaya dapat bergaul dengan lebih ramai rakan dan kenalan di pejabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Dari sini, mereka akan didedahkan dengan lebih banyak peluang dan idea untuk diperkembangkan.

Masa memang terbatas tetapi jika diagihkan dengan baik, golongan ini juga mampu membina bisnes di internet.

Perkara yang menarik dengan bisnes di internet ialah… bergantung kepada model bisnes yang diaplikasikan, sesetengah bisnes internet memang dapat dijalankan dengan meluangkan cuma 1 hingga 2 jam sehari.

Jadi secara purata, bisnes internet memang sesuai untuk setiap golongan wanita dan mereka tiada alasan untuk menyatakan bahawa persaingan dengan golongan lelaki adalah tinggi. Ini kerana golongan wanita ini sendiri mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai oleh golongan lelaki.

Idea Berniaga Untuk Wanita

Sebagai panduan, berikut adalah 3 idea berniaga untuk wanita.

1. Menjual produk digital seperti ebook berkaitan dengan wanita dan keluarga.

Ebook berdasarkan pengalaman berharga memang ada tempat di pasaran. Sebagai contoh, jika anda tahu bagaimana untuk menangani masalah anak yang kencing malam, ini merupakan satu potensi yang baik untuk dijadikan bahan informasi untuk dijual. Jika untuk wanita berkerjaya, anda boleh menulis topik “bagaimana mengurus masa untuk wanita korporat” dan sebagainya.

2. Menjual barang rumah yang sudah tidak diingini.

Ebay merupakan platform mudah untuk melakukan bisnes sebegini. Bagi surirumah yang selalu menguruskan hal-hal berkaitan rumahtangga mungkin akan dapat mengumpulkan barang-barang yang tidak diingini ini untuk dilelong. Jika di Malaysia, lelong.com.my adalah satu lagi platform alternatif bagi ebay.com.my.

3. Membina komuniti khusus untuk wanita.

Di dalam model bisnes ini, anda membina forum yang membincangkan masalah dan penyelesaian isu berkaitan wanita atau pun sebarang topik secara amnya. Untuk menjadikan komuniti ini satu sumber pendapatan, anda boleh menawarkan servis pengiklanan di laman web atau menjual terus produk anda di sana.

Walaupun ada banyak lagi idea untuk berniaga di internet bagi golongan wanita, senarai di atas sudah cukup untuk anda bermula. Cari sesuatu yang menarik minat anda dan lakukan bisnes ini secara sampingan dahulu. Apabila anda mula mendapat rentak dan sedikit keuntungan, anda akan tahu bahawa memang pasaran bisnes internet untuk sebarang golongan wanita masih terbuka luas.

Anda juga akan perasan bahawa model bisnes internet yang dinyatakan di atas juga merupakan model bisnes yang diceburi oleh golongan lelaki. Namun, masih ada keunikannya jika anda fokus topik anda lebih kepada masalah dan penyelesaian untuk sasaran golongan wanita.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Buku Elektronik / Ebook Gaya Pembacaan Baru

Oleh LAUPA JUNUS dan KHAIRUNNISA SULAIMAN
Utusan Malaysia

Download ebook percuma

Membaca teks bukan pada kertas? Kelihatan biasa-biasa sahaja kerana ia membayangkan anda membaca mesej yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, akhbar dalam talian, blog atau apa juga bacaan menerusi peralatan elektronik.

Sebagai contoh, anda mungkin sedang membaca artikel ini tanpa perlu memegang sehelai kertas pun, sebaliknya dengan hanya melayari laman web Utusan Online di www.utusan.com my.

Tetapi bila disebut membaca buku tanpa kewujudan buku itu secara fizikal, bunyinya agak asing bagi kebanyakan kita khususnya yang masih canggung dengan perkembangan teknologi.

Konsep yang disebutkan sebagai buku elektronik (e-buku) dan juga buku mudah alih atau m-book itu memudahkan ‘ulat buku’ membaca bahan bacaan mereka ke mana sahaja tanpa membebankan.

E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen digital dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, word dan html di komputer, telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA).

Lebih menarik, teks yang dipaparkan, turut diringi dengan imej dan warna. Malah lebih menarik, anda boleh terus melangkau atau ke bab-bab tertentu dalam buku tersebut.

Justeru, syarikat penerbitan tempatan sudah melihat akan kemungkinan anjakan konsep pembacaan daripada secara konvensional kepada elektronik yang dipelopori akhbar, majalah dan buku biasa.

Apa yang penting industri ini masih memerlukan pembaca bagi memastikan ia tidak berkubur dengan pendekatan yang lebih popular dan memudahkan.

Peminat novel misalnya, tidak lagi perlu membawa sekian banyak buku kesukaan mereka untuk mengisi waktu-waktu terluang sekiranya penerbit mampu menyediakan fail digital buku tersebut.

Fail tersebut tentu boleh sahaja dimuat turun dalam telefon bimbit atau gajet lain yang nyata mengurangkan beban kepada peminat novel berkenaan.

Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos pencetakan dan mengurangkan bilangan pokok ditebang tetapi juga lebih mudah kerana ia boleh dipasarkan melalui Internet.

Pembaca yang berminat memiliki novel tersebut hanya perlu menghubungi penerbit untuk membuat tempahan dan buku tersebut boleh dimuat turun (download) atau dihantar dalam bentuk cakera padat (CD) kepada mereka.

Sekali lagi, sistem atau teknologi elektronik menawarkan penyelesaian mudah bagi kumpulan ini sama seperti yang ditawarkan oleh sistem perbankan dan sistem lain-lain sedia ada.

Sebuah syarikat penerbitan tempatan telah pun menguar-uarkan pendekatan tersebut apabila memperkenalkan kaedah terbaru membolehkan kandungan buku dibaca melalui SMS dan telefon bimbit

Memanfaatkan

Kandungan sesebuah buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS Publications) kini boleh dibaca menggunakan SMS di telefon genggam melalui kaedah m-buku,

PTS Publications yang mendapat kerjasama teknikal daripada Metadome Sdn. Bhd. (Metadome) sudah mula menggunakan pendekatan m-buku untuk novel terbitan syarikat itu, Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah.

Pengarah Eksekutif Metadome, Syaizul Amal Zalkafli, berkata percubaan menerbitkan Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah menggunakan kaedah m-buku selama dua bulan menunjukkan ia mendapat sambutan hangat.

“Sambutan yang diterima dalam tempoh percubaan itu menyebabkan buku dengan 30 halaman itu akhirnya berkembang dan diputuskan diterbitkan secara m-buku oleh penerbitnya serta akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008,” katanya pada sesi taklimat m-buku di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sembilan puluh sembilan lagi novel remaja lain dalam bentuk m-buku terbitan syarikat terbabit akan turut dilancarkan pada pesta terbabit antaranya ialah Budak Psikik, Kaki Bola, Misi Piramid, Untuk Syampoo, Cinta Laksa dan Ubi, Mekar Sakura di Mimbar Cinta, Sindrom VX dan Yong Tau Foo.

Pesta selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula esok ini turut disertai 185 syarikat yang membabitkan 125 milik tempatan, 37 agensi kerajaan dan 23 dari Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, India, Pakistan, Mesir, Australia serta United Kingdom.

Muat turun bahan bacaan melalui telefon bimbit begitu terkenal di Jepun dan penyelidikan di negara matahari terbit itu menunjukkan lima judul buku yang menduduki senarai teratas dalam carta pilihan penggemar adalah yang diterbitkan dalam bentuk m-buku.

Syaizul Amal menjelaskan, m-buku dilengkapi dengan pelbagai ciri multimedia dan jalur interaktif serta berupaya memenuhi selera pembaca yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat dalam masa pantas dan mutakhir.

Melalui kaedah m-buku, khalayak berpeluang melihat paparan grafik dan mendengar bunyi yang boleh mencetuskan kesan pembacaan lebih menarik serta memudahkan mereka memuat turun senarai terkini bahan bacaan di pasaran.

“Proses muat turun akan berlaku dalam masa beberapa saat. Semua jenis talian boleh digunakan untuk membaca novel melalui telefon genggam anda.

“Bagaimanapun, proses ini tertakluk kepada liputan kawasan rangkaian talian telefon anda,” katanya.

Selain itu, pembaca boleh menikmati paparan kertas hiasan, nada dering, nada dering bergambar, klip video, kad ucapan, animasi, karaoke, aplikasi Java, permainan Java, mesej bergambar, logo operator dan pesanan bersuara.

Khalayak yang menggunakan kemudahan m-buku PTS Publications hanya dikenakan RM5 untuk setiap muat turun manakala perkhidmatan paparan perhiasan skrin pula dikenakan RM3.

Penting

Syaizul berkata, kumpulan sasar m-buku adalah khalayak berusia 12 hingga 24 tahun kerana pada usia berkenaan mereka sudah berkemahiran menggunakan kemudahan elektronik terutama telefon genggam yang sudah menjadi budaya penting dalam masyarakat.

“Perkembangan maklumat dan ilmu yang bermula dengan kaedah cetakan pada 1400 mencatat perubahan pantas.

“Daripada cetakan beralih kepada pawagam, radio dan televisyen, sebelum disusuli dengan laman web.

“Kemuncak kepada penyebaran maklumat ialah dengan kehadiran telefon genggam dan Metadome bersama-sama PTS Publications memanfaatkan kemudahan ini dengan berusaha memenuhi permintaan pembaca novel,” ujarnya.

Syarikat peralatan elektrik dan elektronik terkenal, Sony pula menampilkan apa yang dikenali sebagai buku elektronik atau menerusi Sistem Pembaca Mudah Alih Sony atau Sony Portable Reader System.

Ia mensimulasikan konsep buku yang mana anda membaca teks yang diformatkan dalam fail PDF misalnya, sama seperti anda membaca SMS.

Produk PRS-500 itu menjanjikan simulasi buku sebenar dan membeli pengalaman baru dalam industri perbukuan.

Jika sebelum ini, fail dalam yang diformatkan dalam bentuk PDF itu (sebagai contoh) anda boleh membacanya dalam komputer peribadi dan pembantu digital peribadi (PDA), sistem yang ditampilkan Sony memudahkan segalanya bagi merealisasikan konsep buku elektronik (e-buku).

Malah, sekiranya memiliki model barunya PRS-505, ia menjadikan anda lebih proaktif dalam pembacaan.

Dengan tawaran warna perak dan biru gelap serta dilengkapi pelbagai ciri-ciri , anda kelihatan bergaya menggunakan inovasi ini.

Teknologi paparan kertas generasi baru lebih pantas memberi maklum balas, dan memudahkan pembacaan dengan teks, imej dan garafik yang jelas.

Dengan kapasiti penstoran 160 buku elektronik, pembaca malah mampu berfungsi sebagai perpustakaan bergerak anda.

Model tersebut juga mempunyai ciri paparan beresolusi tinggi , malah menyerupai kertas secara fizikal, dengan penggunaan kuasa rendah.

Sebiji bateri sebagai pembekal kuasanya mampu menawarkan bacaan sehingga 7,500 muka surat tanpa henti.

Sebagai tambahan kepada konsep buku elektronik, alat tersebut juga boleh menyimpan dan memaparkan dokumen peribadi dan perniagaan dalam format Adobe PDF, teks RTF, dan imej JPEG.

Dengan harga hampir RM1,000 dan dilengkapi dengan kabel USB perisian PC e-book dan penyelarasan warna, produk ini mungkin lebih penting daripada telefon bimbit anda pada masa akan datang

Dengan penggunaan alat sebegini, bersantailah di pusat peranginan ketika sedang bercuti atau duduk bersendirian menunggu penerbangan tanpa rasa bosan.

Antara kedai e-buku terkenal di Internet

- Books on Board.com (www.booksonboard.com) - mempunyai lebih 130,000 judul buku digital dari pelbagai penerbit.

- CyberRead (www.cyberread.com) - mempunyai 40,000 judul buku digital terkenal untuk dibaca di PDA atau PC.

- Diesel e-Book (www.diesel-ebooks.com) - mempunyai 35,000 e-buku yang dibahagikan kepada 50 kategori untuk memudahkan pencarian.

- E-Books.com (www.ebooks.com) - mempunyai pelbagai buku digital sama ada untuk kategori popular, profesional dan akademik.

- eFollet.com (www.efollet.com) - mempunyai pelbagai buku-buku akademik untuk kolej dan institusi pengajian tinggi.

- eBookMall.com (www.ebookmall.com) - merupakan e-penebit dan penjual e-buku dalam 10 format terkenal.

- Fictionwise (www.fictionwise.com) - merupakan penjual e-buku berkecuali yang mempunyai berpuluh-puluh ribu pelanggan.

- Penguin Group (USA) (us.penguingroup.com) - mempunyai pelbagai jenis buku digital dalam pelbagai format seperti Microsoft Reader, Adobe Acrobat dan Palm.

Download ebook percuma

Next Page »