Cara Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran
kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima. Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan
ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa. Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan
penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan
terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

* Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?

* Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?

* Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.

* Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?

* Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?

* dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, aya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

* 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja
dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual
barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem
affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada
setiap nilai jualan dikenakan.

* ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95
sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia
mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan
servis mereka. Ebook “Missing Chapter” ada
membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem
affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga
menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD
daripada setiap nilai jualan dikenakan.

* PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh
mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam
kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan
kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama,
terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak
mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda
boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk
tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% +
$0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.
————————

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau,
menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama.

Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar
rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Dapatkan ebook tulisan beliau “Rahsia Perniagaan Digital” untuk mempelajari teknik beliau menjana wang di internet.

Panduan Menjana Pendapatan Melalui Perniagaan Internet

Saya yakin ramai yang dah tahu pasal ebook “Rahsia Perniagaan Digital” tulisan Zamri Nanyan yang telah dilancarkan pada 1hb Feb 2008 yang lalu. Sejak awal pelancaran lagi saya lihat ramai yang mempromosikannya melalui blog masing-masing. Maklumlah ada tawaran hadiah yang lumayan. Jadi apa hal saya baru nak buka cerita sekarang, dah terlewat satu bulan woi.

Saya bukan baru terjaga dari tidur yang lena. Ada sebabnya saya lewat begini. Sebelum tu biar kita lihat apakah antara rahsia yang ada dalam ebook tersebut, dalam ebook “Rahsia Perniagaan Digital“, Zamri berkongsi beberapa perkara penting seperti:

  1. Bagaimana untuk mendapatkan produk informasi tempatan dengan murah untuk dijual di Internet.
  2. Bagaimana untuk menerima pembayaran melalui Internet - Terdapat 3 cara yang boleh digunakan tetapi mana satu yang sangat sesuai untuk pasaran tempatan? Gagal untuk memahami perkara ini akan menyebabkan anda rugi 80% dari perolehan anda.
  3. Bagaimana untuk mencipta pelbagai saluran pendapatan melalui Internet tanpa perlu mengeluarkan 10-20 produk anda sendiri - Ianya semudah membina link ke beberapa laman web pilihan anda.
  4. Bagaimana untuk menjana pendapatan bulanan yang berterusan dan pendapatan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang sehingga $4,957 atau lebih.
  5. Bagaimana untuk membina sebuah sistem yang boleh mencipta keuntungan daripada produk front-end dan juga back-end dengan mudah.
  6. Bagaimana untuk menggunakan usaha orang lain bagi menggandakan pendapatan internet anda.

Semua yang di atas dibongkarkan di dalam Ebook Rahsia Perniagaan Digital. Jadi adakah semua yang di atas tu sesuatu yang pelik atau rahsia bagi anda. Jika tidak ebook ini bukanlah untuk anda tetapi ada sebab lain kenapa anda perlukannya juga.. he..he. Oleh kerana ramai pengunjung blog ni hebat-hebat belaka maka sebab itulah saya tak mempromosikannya semasa pelancaran.

Bezanya mulai hari ini, lesen jualan semula (Master Resell Right) sudah sah untuk digunakan. Berbanding makan komisyen affiliate kan lebih syok jual sendiri dan kaut keuntungan 100%. Selain dari itu anda boleh jual produk back-end sendiri melaluinya.

Selain dari itu saya juga tawarkan Panduan Membina Ebook Cover & Banner dan perisian E-Writer Pro (untuk mencipta ebook anda sendiri) secara percuma sebagai bonus. Jika berminat anda bolehlah mendapatkannya di www.PendapatanInternet.com

Ya, bagi anda yang dah lama bertapak dalam dunia perniagaan internet, kebanyakan strategi di atas bukanlah rahsia lagi tetapi bagi pendatang baru (newbie), ianya memang rahsia besar. Jadi ambillah peluang ini untuk menjual semula panduan ini kepada mereka yang masih blurr ni.

Klik di sini untuk mendapatkan rahsia perniagaan digital yang direkemenkan oleh pakar-pakar pemasaran Internet Malaysia sendiri.

Perniagaan Internet : Kenapa Ramai Memilih ebay ?

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda manfaat menjadi ahli eBay.

Semua orang tahu bahawa eBay adalah platform dimana seseorang itu boleh membeli atau menjual produk yang mereka inginkan pada harga yang rendah dan menarik.

Sewaktu saya menulis artikel ini, lebih daripada USD1,000 transaksi berlaku setiap saat di laman eBay dan setiap saat juga lebih dari 1000 orang melawat laman ini dari seluruh dunia.

Cuba anda gambarkan, jika anda mempunyai kedai, kemudian kedai anda dimasuki 1000 orang setiap saat dan 10% dari jumlah itu melakukan pembelian dan berapakah jumlah keuntungan yang bakal anda perolehi dalam jangka masa 60 saat? Begitulah sibuk dan lumayannya jika anda mengalaminya.

Seperti mana mereka yang lain, saya juga turut memilih untuk membeli dan menjual di eBay. Kenapa saya memilih eBay dan kenapa juga orang lain memilih eBay?

Jika anda inginkan produk yang berkualiti dengan harga yang menarik, silalah ke eBay. Ebay berbeza dengan laman web lelongan tempatan kerana terlalu banyak barangan tiruan atau barangan tidak berkualiti dijual.

Anda boleh lihat, bagaimana handphone buatan dari China, Taiwan menguasi pasaran lelongan tempatan. Begitu juga jam tangan berjenama tiruan. Walau apapun, citarasa terletak kepada individu itu sendiri.

Berfikir sejenak, kenapa usahawan internet tempatan ketika dahulu memilih laman eBay sebagai platform mereka menuntut ilmu atau mengasah bakat sebelum mengembangkan sayap ke perniagaan internet lain?

Ya, ini kerana dengan memahami proses jual beli dan karenah pelanggan, kesemua ini dapat diterjemah atau dipraktikkan dalam perniagaan sebenar mereka.

Akan tetapi ramai juga yang meneruskan hasrat menjadi penjual yang professional di laman eBay. Malah mereka mengaut keuntungan berganda-ganda banyaknya. Tidakkah anda mahu menyertai dan menjadi seperti mereka?

Jika anda rasa ianya perlu sebagai ilmu, apakata anda mendaftar di eBay hari ini dan rasai kehebatan kuasa lelong dunia ini!

Maklumat lanjut, sila klik di sini

« Previous PageNext Page »