Perniagaan Internet : Panduan Menjana Wang Di eBay

Saya tahu, mungkin selama ini anda hanya mendengar kehebatan mereka menjual produk di eBay kemudiannya meraih keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan. Anda juga pasti pernah mendengar mereka ini menjalankan perniagaan internet dari rumah (SOHO) menjual produk tanpa mengenali siapa pelanggan mereka malah mereka juga tidak pula berhenti kerja semata-mata meraih pendapatan lumayan di internet.

Hari ini, saya akan membongkar segala rahsia berserta panduan bagaimana penjual-penjual di eBay meraih pendapatan bermula RM10 sehari yang pertama kemudian meningkat kepada RM300 sehari. Anda juga akan ketahui bagaimana pendapatan mereka ini mencecah lebih RM5,000 sebulan dengan hanya menjual barangan yang mungkin tidak masuk diakal fikiran.

BENAR!

Apa yang saya akan kongsikan ini wajar dipraktikkan dan selepas ini anda lihat bagaimana ledakan wang masuk ke dalam akaun anda.

Sebelum anda pergi kepada teknik memperolehi pendapatan mencecah RM30,000 sebulan atau RM1,000 sehari…

Amat penting untuk anda ketahui adalah walaupun tanpa sebarang pengetahuan teknikal komputer, tiada kemahiran berbahasa inggeris dan tiada asas perniagaan internet, sesiapa juga layak untuk memulakan berbisnes di eBay dengan modal yang kecil. Sekecil 20 sen!*

Saya percaya bahawa panduan dan rahsia yang akan dibongkarkan ini bakal membantu anda. Saya sentiasa percaya bahawa barangsiapa yang mengikuti segala panduan di dalam laporan ini pasti akan berjaya. Tetapi, sesiapa sahaja boleh mempercayainya dengan apa yang mereka usahakan, yang memberi perbezaan adalah hasilnya!

Setelah setahun saya mendiamkan diri dari bergiat secara serius di eBay, bulan September lalu saya kembali ‘mencuba nasib’ mengejar kejayaan dan keuntungan. Nampaknya produk pertama saya berjaya terjual dalam masa 7 hari sahaja. Dan ianya berterusan sehingga kini!

Nak tahu bagaimana saya melakukannya? Sila klik Disini

panduan menjana pendapatan hebat di eBay

Majalah IM Untuk Usahawan Internet Perniagaan Internet

Team Flarebiz.com telah melancarkan sebuah majalah elektronik (ezine) berbahasa melayu yang menjurus kepada bidang “Internet Marketing” @ ” Perniagaan Internet “.

Majalah ini memuatkan banyak artikel penulisan dari pengusaha-pengusaha perniagaan internet tempatan seperti Tazilan, Zamri Nanyan, Irwan Dahnil, SmartZul, Syed Ikhwan, Alang, Osman Affan, Mdpai, Shuth dan juga Kak G.

Untuk keluaran yang pertama ini, berbagai topik topik telah dimasukkan ke dalam eZine ini, antara topik menarik yang terdapat di dalam eZine ini ialah seperti :-

  • Perniagaan Internet & Rakyat Malaysia
  • Kuasa Minda Adalah Karut?
  • Penulisan Artikel Dalam Pemasaran Internet
  • Membina Senarai Nama di Internet
  • dan banyak lagi artikel-artikel serta tips-tips yang menarik berkenaan dunia perniagaan internet

Jadi.. usah berlengah legi.. dapatkan segera Majalah ini… secara PERCUMA di www.majalahim.com

Secara Ringkas Mengenai Perniagaan Internet, Affiliate dan Hak Jualan Semula

Adakah untuk menceburkan diri ke dunia Perniagaan Internet ini suatu usaha yang sukar? Tetapi kesukaran dan kepayahan untuk berniaga tersebut masih lagi melekat di fikiran saya sehingga ke hari ini. Sebenarnya tujuan saya menulis kali ini ialah untuk memberitahu bahawa perniagaan secara online adalah lebih mudah, jimat dan murah jika dibandingkan dengan perniagaan konvesional, dengat syarat ia dilakukan dengan cara yang betul.

Terdapat soalan-soalan yang dikemukakan seperti “Bagaimana saya hendak memulakan perniagaan online ni, boleh saudara bantu saya?”. Sebenarnya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai komputer dan penggunaannya dan cara menggunakan perisian-perisian asas. Kerana terdapat sesetengah individu, yang tidak mengetahui langsung tentang perisian asas seperti Winzip, Adobe Photoshop, Dreamveawer dan sebagainya, dan ini akan menganggu kerja-kerja penyediaan sesuatu perniagaan internet. Jadi seseorang individu itu perlu menguasai peralatan asas seperti sekurang-kurangnya pada tahap minimum.

Kaedah Affiliate Marketing atau menjual produk orang lain untuk mendapatkan komisyen bagi setiap produk yang berjaya dijual merupakan salah satu kaedah yang boleh anda cuba jika anda ingin mendapatkan pendapatan secara online dan juga boleh dikategorikan sebagai perniagaan internet jika anda mempromosikan produk tersebut pada laman web sendiri. Ini cara ini paling mudah kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menyertainya atau pendaftarannya adalah percuma dan kaedah ini juga menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri.

Cara lain untuk anda memulakan langkah sebagai peniaga internet ialah dengan menjual produk Master Resell Right (MRR) atau Resell Right (RR). Anda perlu membeli produk-produk tersebut dan kemudiannya menjualnya semula mengikut kehendak anda sendiri bagi mendapatkan 100% keuntungan pulangan semula.

Tentang Penulis / About Author = http://www.koleksipercuma.com

« Previous PageNext Page »