Kaedah Trafik Blog 1 - Guna Youtube


Salam & Selamat sejahtera. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan artikel/ post blog yang boleh menarik lebih ramai pelawat ke blog anda. Antaranya adalah dengan memasang video di blog anda. Tahukah anda bahawa Youtube adalah jawapan yang tepat untuk masalah ini? Youtube adalah laman web profilik yang mengandungi pelbagai koleksi video yang dikumpul dari seluruh dunia, untuk tujuan tontonan umum mahupun tontonan peribadi. Laman web ini adalah antara laman web yang paling popular di dunia. Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak menggunakan koleksi video yang terlampau banyak di sana, untuk dipasang di blog.

Bagaimana memasang video boleh meningkatkan trafik ke blog anda? Ini kerana orang ramai umumnya sukakan video. Jadi, apa salahnya anda jadikan video sebagai tarikan untuk para pengunjung blog anda, supaya mereka terus ‘melekat’ di depan video di blog anda!

Jangan bimbang pasal saiz storage server blog anda. Ini kerana ianya tidak membazirkan ruang saiz storage server anda. Hanya beberapa langkah ringkas, anda akan dapat letakkan video anda di blog anda!

Untuk memudahkan anda semua, saya sertakan video tutorial bagaimana anda boleh memasang video Youtube di blog anda, dengan percuma! Anda boleh sebarkan video ini kepada sesiapa sahaja.

Anda boleh mendapatkan video di : http://www.youtube.com/watch?v=Z0UiPCSkTKQ
atau di sini : http://www.blogsendiri.com/blog/umum/tambah-video-youtube-dalam-blog-anda.html

Sekian, dari saya.

Tentang Penulis
Ahmad Mawardi, www.blogsendiri.com/blog Mawardee@blogsendiri.com


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

No Comments

Comments are closed.