MLM dan Internet! Boleh ke?


Baru-baru ini, saya ditemuramah oleh seorang
usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya
rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu
soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh
menggunakan internet untuk memperkembangkan
perniagaan MLM anda.

Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang
saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada
Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh
membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet
secara konvensional walaupun tidaklah secara
menyeluruh.

Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan
kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat
sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa
akan datang.

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet
Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk
mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet,
namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda
menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal
pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada
perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam
masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu
dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali
mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama,
biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan
orang yang anda kenali daripada orang yang anda
tidak kenali langsung.

2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih
mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang,
anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup
membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya,
terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi
kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek.
Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek
pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat
keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini
di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai
talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu
prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan
anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus!
Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan
dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal
rakan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk
tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan
maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya
memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada
dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan
upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat
membuka minda anda untuk mula melihat internet
sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan
perniagaan MLM anda.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

=======================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di http://www.RahsiaMLM.com
=======================================


Lagi Artikel Menarik. Klik Disini

No Comments

Comments are closed.